360 DOA RINGKAS UNTUK TETAMU ALLAH
360 DOA RINGKAS UNTUK TETAMU ALLAH menghimpunkan doa-doa pendek yang mudah dibaca dalam Bahasa Melayu, mudah dihayati dan diamalkan sepanjang perjalanan menuju Tanah Suci. Doa-doa ini disusun mengikut fasa perjalanan seorang Tetamu Allah bermula sebelum berangkat, ketika membuat persiapan, sepanjang berada di Tanah Suci dan sehinggalah selepas pulang ke tanah air. Buku ini sesuai untuk bakal jemaah yang pertama kali ingin menunaikan haji atau umrah, yang sedang membuat persiapan, yang menyimpan hasrat untuk menjadi Tetamu Allah dan mereka yang ingin terus menghidupkan doa dalam perjalanan menuju redha Allah. Sebuah buku doa praktikal yang wajar dimiliki oleh setiap Muslim kerana doa-doa ringkas ini boleh dibaca pada bila-bila masa dan di mana sahaja serta menjadi teman yang menenangkan hati sepanjang perjalanan menuju Allah.
Currently No Review